KUALA LUMPUR 3 Jan. – RB Land Holdings Bhd. (RB Land) hari ini
mengumumkan cadangan mengambil alih keseluruhan ekuiti IJM
Properties Sdn. Bhd. dan RB Development daripada IJM
Corporation Bhd. (IJM) dan Road Builder (M) Sdn. Bhd. (RBM).
RB Land juga bercadang mengambil alih sebidang tanah pajakan
selama 99 tahun di Mentakab, Temerloh sekali dengan Bukit
Bendera Resort milik RBM.
RB Land turut mahu membeli kepentingan 30 peratus ekuiti dalam
RB Land Sdn. Bhd. daripada Homebuilder (M) Sdn. Bhd.
Cadangan pengumuman semua penerbitan hak saham baru biasa
sebanyak 454,549,285 pada nilai RM1 setiap satu dengan
227,274,642 unit waran pada harga terbitan RM1.35 setiap satu
terbitan hak pada asas empat hak saham dan dua waran bagi
setiap saham biasa sedia ada pada nilai RM1 yang dimiliki
dalam RB Land pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan kelak.
Cadangan penerbitan khusus nilai norminal kupon tiga peratus
10 tahun yang boleh ditebus semula bernilai RM400 juta bagi
mendapatkan pembiayaan saham belum terjamin kepada IJM pada
harga terbitan 100 peratus daripada nilai norminal.
AmInvestment berkata, Bank Negara Malaysia telah meluluskan
penerbitan waran berjumlah 227,274,642 oleh RB Land kepada
pemegang saham bukan warga Malaysia dan mana-mana tambahan
waran yang akan diterbitkan kepada warga asing perlu dilakukan
mengikut pengubahsuaian yang dibuat kepada
peruntukan-peruntukan undian surat perikatan waran yang
menjadi rujukan penerbitan waran.